subpage banner

Media Articles

Better public services, more convenient for the people for the past two years

10 Dec 2016

Khidmat awam lebih baik, lebih mudah bagi rakyat sejak dua tahun lalu

ENCIK PETER ONG: Menyatakan bahawa Laporan Semakan Hasil Sektor Awam Singapura yang dibentangkan Kementerian Kewangan memberikan peluang yang baik bagi sektor itu mengimbas prestasinya sejak dua tahun lalu sedang ia melakarkan hala tuju bagi masa depan. - Foto JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BANYAK kemajuan dicapai bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih baik sejak dua tahun lalu, kata Ketua Perkhidmatan Awam, Encik Peter Ong.

Mengulas mengenai Laporan Semakan Hasil Sektor Awam Singapura yang dibentangkan Kementerian Kewangan (MOF) semalam, beliau berkata laporan itu memberi peluang yang baik bagi sektor itu mengimbas prestasinya sejak dua tahun lalu sedang ia melakarkan hala tuju bagi masa depan.

"Sejak dua tahun lalu, kami telah menunjukkan kemajuan dalam menjadikan khidmat awam lebih baik dan lebih mudah bagi rakyat.

"Bagi bab seterusnya dalam cerita Singapura, kami akan bekerja ke arah perkhidmatan awam yang sudah bersedia bagi masa depan dan akan bersama setiap rakyat Singapura bagi membangunkan tempat tinggal yang lebih baik untuk semua,'' kata Encik Ong.

Individu dan keluarga Singapura terus menjadi tumpuan dasar penduduk di negara ini.

Tahun lalu, seramai 33,725 bayi dilahirkan di Singapura - yang tertinggi sejak lebih sedekad.

Mulai tahun depan, golongan bapa akan menerima dua minggu cuti paterniti yang dibiayai pemerintah berbanding seminggu sekarang, manakala kaum ibu yang belum berkahwin akan menerima cuti bersalin selama 16 minggu.

Singapura juga menyambut ulang tahun yang ke-50 tahun lalu. Dana Sambutan SG50 menyokong lebih 450 projek yang menyatukan rakyat.

Sejak dua tahun lalu, Singapura juga bersatu sebagai sebuah negara dalam banyak acara seperti Jubli Emas SG50 dan acara sukan seperti Sukan SEA.

Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Cik Yeoh Chee Yan, pula berkata rakyat Singapura telah memupuk semangat identiti kenegaraan yang lebih kukuh.

    
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.